Samak ialah menyucikan kuliat hewan selain anjing dan babi dengan syarat-syarat tertentu. Kaedah samak ini menggugurkan benda asing iaitu daging, lemak, tulang, lendir dan tisudengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam iaitu boleh meluntur dan menyerap kotoran seperti tawas, kulit delima, bahan kimia dan sebagainya. Tujuan ini adalah bukan sahaja untuk menyucikan kulit tersebut tetapi untuk mengelakkan pereputan, melembutkan kulit haiwan, dan menjadikann lebih tahan untuk kegunaan manusia.
Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman-kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W daripada Ibnu Abbas bahawa baginda bersabda dengan maksud "Setiap kulit yang disamak menjadi bersih."
0 komentar:
Post a Comment
Masukkan Kritik dan Saranmu